Wanita wanita ini memotong rambut sekali seumur hidup

Cewek satu kampung rambutnya panjang semua !!

Tradisi unik dimana cewek satu kampung memiliki rambut panjang, mereka diperkenankan memotong rambut sekali seumur hidup.

Inilah Daftar Upah Minimum Buruh di 16 Provinsi

Polisi bersiaga membuat barikade menunggu buruh membubarkan diri saat aksi demonstrasi ribuan buruh di depan Balai Kota, Jakarta Pusat, Jumat (1/11/2013). Buruh awalnya akan bertahan demo menolak UMP DKI yang telah ditetapkan Pemprov, namun akhirnya buruh membubarkan diri secara tertib. Kerugian yang diakibatkan aksi mogok nasional oleh kaum buruh pada Kamis (31/10/2013) lalu ditaksir mencapai lebih dari Rp 45 miliar.

Tuntutan buruh yang utama adalah kenaikan Upah Minimum Provinsi (UMP). Seberapa besar UMP buruh di tiap daerah di Indonesia? Berikut adalah daftar UMP buruh di 16 provinsi di Indonesia menurut data dari Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi. Ke-16 provinsi disebutkan sebagai daerah yang memiliki angka pekerja yang signifikan di antara 34 provinsi yang ada.

Upah Minimum Buruh di 16 Provinsi

Provinsi                           UMP 2013 (Rp)        UMP 2012 (Rp)         Selisih

  1. Kalimantan Tengah         1.723.970                1.553.127                  11 %
  2. Kalimantan Barat             1.380.000                1.060.000                30 %
  3. Jambi                               1.502.300                1.300.000                15,56 %
  4. Sulawesi Tenggara           1.400.000                1.125.207                24,40 %
  5. Sumatra Barat                  1.490.000                1.350.000                10,37 %
  6. Bangka Belitung               1.640.000                1.265.000               29,64 %
  7. Papua                              1.900.000                 1.710.000              11,11 %
  8. Bengkulu                         1.350.000                     930.000                45 %
  9. NTB                                 1.210.000                 1.100.000                 10 %
  10. Jakarta                             2.441.301                 2.200.000                 9 %
  11. Kalimantan Selatan         1.620.000                1.337.500               21,12 %
  12. Banten                              1.325.000                1.170.000              13,25 %
  13. Kepulauan Riau               1.665.000                   1.365.087            21,97 %
  14. Riau                                 1.700.000                  1.400.000              21,40 %
  15. Sumatra Utara                  1.505.850                  1.305.000                10 %
  16. Kalimantan Timur               1.886.315                  1.762.023            7,66%

Sumber: Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi
#Upah Minimum Provinsi (UMP)

Paderi Cuba Bakar Al Quran Ditangkap Polis Di AS



FLORIDA – Seorang paderi Amerika Syarikat, Terry Jones yang pernah bertindak membakar kitab suci al-Quran sehingga mencetuskan keganasan di seluruh dunia, sekali lagi cuba mencetuskan kontoversi dan membangkitkan kemarahan umat Islam.

Kali ini dia bercadang membakar 2,998 buah kitab suci al- Quran sebagai memperingati ulang tahun ke-12 peristiwa serangan 11 September.

Namun belum sempat dia melaksanakan perbuatan kurang ajar itu, Jones telah ditangkap oleh pihak berkuasa bersama dengan pembantunya, Marvin Sapp Jr, 44.

Kedua-duanya ditahan di penjara  Polk County.

Dalam pada itu, Mike Ghouse, yang menganjurkan upacara keagamaan bagi memperingati peristiwa 9/11 itu, telah bergabung dengan penduduk di Mulberry bagi menubuhkan laman facebook anti-Jones.

Dia yang sudah sembilan tahun melakukan upacara berkenaan di Texas, terpaksa membawa upacara tersebut ke Mulberry.

“Setiap orang mempunyai hak dan kepercayaan terhadap apa yang mereka percaya,’’ katanya.

Sementara seorang penduduk di kawasan berkenaan pula berkata, mereka tidak mempercayai dengan apa yang Jones cuba lakukan.

Jones pertama kali mendapat liputan selepas dia merancang membakar al-Quran pada 2010, namun hanya  melakukan perbuatan berkenaan pada bulan Mac 2011.

Tahun lepas, dia telah mempromosikan filem anti-Muslim dan semua tindakan yang dilakukannya itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Malah pada 2011, beratus-ratus penduduk di utara Afghanistan telah menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB hingga menyebabkan tujuh warga asing terbunuh disebabkan oleh perbuatan Jones itu.

Lelaki rogol anak tiri bawah umur

SELASA, 20 MAC 2012

SINGAPURA - SEORANG lelaki berusia 39 tahun semalam menghadapi tiga tuduhan merogol anak tirinya yang di bawah umur dan satu tuduhan melakukan serangan seksual ke atas budak perempuan itu.

Dia dikatakan melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 2006 dan 2010.

Namanya tidak boleh disiarkan bagi melindungi identiti budak perempuan itu.

Dia didakwa merogol anak tirinya itu kali pertama ketika budak perempuan itu berusia 10 tahun dan kali terakhir ketika dia berusia 13 tahun.

Selepas tuduhan-tuduhan itu dibacakan dalam bahasa Melayu kepada lelaki itu oleh seorang penterjemah mahkamah di mahkamah semalam, dia bertanya mengapa dia masih didakwa merogol sedangkan budak perempuan itu sendiri telah bersetuju.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Elizabeth Lee berkata budak perempuan itu tidak bersetuju dan tidak memberi izin.

Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Choo Han Teck, menetapkan persidangan praperbicaraan (PTC) diadakan pada atau selepas 9 April.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada seorang pun ahli keluarganya kelihatan di mahkamah semalam.

Difahamkan, bapa kandung budak perempuan itu dan isterinya membawa budak perempuan itu ke hospital selepas mengesan bekas-bekas lebam di tubuhnya kerana dipukul ibu kandungnya.

Apabila ditanya lanjut, budak perempuan itu akhirnya berkata bahawa dia telah dirogol.

Bapa kandungnya kemudian membuat laporan polis.

Ketika dibacakan kenyataan fakta oleh DPP Lee, tertuduh kelihatan sugul namun tenang sambil menundukkan kepalanya. Sekali-sekala dia menutup sebahagian mukanya dengan tangannya.

Bagi setiap tuduhan merogol budak di bawah umur 14 tahun, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara lapan hingga 20 tahun dan sebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Kesalahan melakukan serangan seksual membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau rotan.

Najib beri lampu hijau untuk media BN serang Pakatan – Surendran

16 Jun 2012

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 15 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab memberi keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, serangan itu pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib.
“Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang

Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.
Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New
Straits Times (NST)
, Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran.
“Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,”katanya.

Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO
sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.
“Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak
menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas.
“Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera politik fitnah dan bohong,” katanya lagi.
Sebelum ini, mahkamah pernah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002 dan diarahkan membayar gantirugi RM100,000 serta kos RM20,000 kepada Anwar
berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan
berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Khassim Mohamed semalam dilapor menegaskan, pihaknya
akan melakukan siasatan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilapor berkata, Anwar perlu tampil memberi penjelasan berhubung perkara sama.

Katanya, jika Anwar merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkannya.

Bagaimanapun, Anwar pada hari yang sama berucap pada program Dialog Ekonomi di Petaling Jaya menyambut cabaran
Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu terlebih dahulu mengisytiharkannya.

Anwar juga sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan semua akaun terbabit.
“Jika Muhyiddin setuju, maka siasatan itu perlu disegerakan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Gitaris Incubus Gimik Konsert Yuna


KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, penyanyi Yuna membuat penampilan istimewa bersama gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger pada pratonton Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang berlangsung di Istana Budaya pada malam Khamis.?

?Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai membawakan lagu Deeper Conversation diiringi mainan muzik gitaris tersebut.?

?Yuna dan Mike turut bergandingan menerusi lagu Incubus sendiri berjudul I Miss You dan Mr. Musician.?

?Penampilan istimewa itu dibuat pada pertengahan konsert berlangsung.?

?”Saya tidak memberitahu anda tentang perkara ini tetapi saya ada membawa tetamu khas dari Amerika.?

?”Malam ini dia akan mengiringi beberapa lagu yang saya persembahkan,” kata Yuna sebelum memperkenalkan Mike kepada penonton.?

?Tambah Yuna, Mike ingin bekerjasama dengannya selepas menonton persembahannya di laman YouTube dan ketika itu dia tidak menyangka bahawa ada pemuzik antarabangsa yang menghargai karyanya.?

?Dalam pada itu, Mike turut mengiringi Yuna menerusi lagu I Wanna Go.?

?Sementara itu, pengalaman menetap di Amerika Syarikat selama tiga tahun ternyata memberikan impak yang besar buat Yuna apabila dia berjaya memukau penonton yang hadir pada konsert berkenaan.

?Mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Hatta Dolmat, Yuna atau nama membuka tirai mempersembahkan lagu DecorateFavourite Thing, Young dan Gadis Semasa.

?Penyanyi yang kini menjadi artis syarikat rakaman antarabangsa milik David Foster, Verve Records ini cukup bertenaga mempersembahkan lagu-lagu hitnya dengan ‘mood’ pentas yang santai, dipenuhi lampu pada setiap tempat duduk pemuzik orkestra.?

?Lagu-lagu lain yang dipersembahkan ialah Coffee, Photo Of You, Memo, Terukir di Bintang, Fear And Frustrations serta Penakut.?

?Yuna turut mendendangkan koleksi lagu popular idolanya, Seniman Tan Sri P. Ramlee iaitu Gelora Jiwa.?

?Bagi memberi impak kelainan, Yuna turut membawa sekumpulan anak muda mempersembahkan muzik ‘stempe’.?

?Bagi mengakhiri persembahannya pada malam itu Yuna menyanyikan lagu yang kini hangat dimainkan di radio berjudul Lelaki.?

?Konsert tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat (hari ini) hingga Ahad.? – mStar

Cara Mengecilkan Perut Buncit pada Wanita

Banyak para wanita mengeluhkan keadaan perut mereka yang buncit. Bahkan sebagian diantaranya merasa rasa percaya diri berkurang karena memiliki bentuk perut yang tidak proporsional. Nah... bagi anda yang ingin mengembalikan rasa percaya diri anda, maka salah satu solusinya adalah mengetahui cara mengecilkan perut anda.
blog-apa-aja.blogspot.com

Khusus pada tulisan kali ini, blog Karo Cyber ingin berbagi tips tentang bagaimana cara mengecilkan perut buncit pada Wanita. Mudah-mudahan dengan keberadaan tulisan ini nantinya, anda yang kebetulan sedang memiliki masalah dengan ukuran perut yang tidak proporsional dapat teratasi.

Berikut adalah beberapa tips cara mengecilkan perut buncit pada wanita. Adapun tips cara mengecilkan perut ini akan dibagi menjadi 7 cara, diantaranya adalah:

1. Makan perlahan-lahan

Hindari makan cepat, karena ketika Anda menelan terlalu cepat, setidaknya udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat memicu penggelembungan perut. Selalu duduk saat makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bagian-bagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

2. Konsumsi serat yang tepat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti apel dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

3. Hindari sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Sebagai akibat perut terasa menambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan konsumsi serat dari buah-buahan dan sayuran, lakukan secara gradual untuk menghindari fermentasi dan produksi gas yang berlebihan.

4. Awasi pengobatan

Perut yang mengembang adalah efek samping dari konsumsi obat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang memicu sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

5. Mengurangi konsumsi garam

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

6. Minum air

Jika kepenuhan perut disebabkan oleh penyimpanan air, Anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi empedu efektif untuk mengeluarkan produk sampah. Jangan merubah konsumsi air saat diet karena banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

7, Olahraga

Olahraga memang salah satu cara yang wajib ditempuh untuk menghilangkan si perut buncit. Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dilkeluarkan sebagai keringat atau dibawa ke empedu untuk dikeluarkan sebagai urine. Olahraga yang disarankan antara lain aerobik.
Itulah ke-7 cara mengecilkan perut buncit pada wanita yang bisa anda praktekkan untuk diri anda sendiri. Semoga tips tersebut kiranya dapat membawa manfaat kepada anda, diakhir kata saya ingin mengucapkan selamat mencoba..
 
sumber