SELASA, 20 MAC 2012
SINGAPURA - SEORANG lelaki berusia 39 tahun semalam menghadapi tiga tuduhan merogol anak tirinya yang di bawah umur dan satu tuduhan melakukan serangan seksual ke atas budak perempuan itu.
Dia dikatakan melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 2006 dan 2010.
Namanya tidak boleh disiarkan bagi melindungi identiti budak perempuan itu.
Dia didakwa merogol anak tirinya itu kali pertama ketika budak perempuan itu berusia 10 tahun dan kali terakhir ketika dia berusia 13 tahun.
Selepas tuduhan-tuduhan itu dibacakan dalam bahasa Melayu kepada lelaki itu oleh seorang penterjemah mahkamah di mahkamah semalam, dia bertanya mengapa dia masih didakwa merogol sedangkan budak perempuan itu sendiri telah bersetuju.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Elizabeth Lee berkata budak perempuan itu tidak bersetuju dan tidak memberi izin.
Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Choo Han Teck, menetapkan persidangan praperbicaraan (PTC) diadakan pada atau selepas 9 April.
Tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada seorang pun ahli keluarganya kelihatan di mahkamah semalam.
Difahamkan, bapa kandung budak perempuan itu dan isterinya membawa budak perempuan itu ke hospital selepas mengesan bekas-bekas lebam di tubuhnya kerana dipukul ibu kandungnya.
Apabila ditanya lanjut, budak perempuan itu akhirnya berkata bahawa dia telah dirogol.
Bapa kandungnya kemudian membuat laporan polis.
Ketika dibacakan kenyataan fakta oleh DPP Lee, tertuduh kelihatan sugul namun tenang sambil menundukkan kepalanya. Sekali-sekala dia menutup sebahagian mukanya dengan tangannya.
Bagi setiap tuduhan merogol budak di bawah umur 14 tahun, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara lapan hingga 20 tahun dan sebat sekurang-kurangnya 12 kali.
Kesalahan melakukan serangan seksual membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau rotan.

Posting Komentar