16 Jun 2012
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 15 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab memberi keizinan kepada media Umno BN untuk memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) terutamanya Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, serangan itu pastinya selepas mendapat kelulusan daripada Najib.
“Adalah mustahil bagi semua media tersebut untuk mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjwab dan menyerang
Pembangkang tanpa pengetahuan dan keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.
Ini berikutan kekerapan pimpinan Umno menyerang peribadi dan berniat jahat terhadap Pembangkang menerusi New
Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran.
Straits Times (NST), Utusan Malaysia dan beberapa media lain sebagai saluran untuk memaparkan laporan palsu serta memburukkan Pakatan, kata Surendran.
“Ia menunjukkan Najib semakin terdesak untuk memenangi hati rakyat sehingga ke tahap menggunakan taktik murahan,”katanya.
Beliau membidas laporan NST yang menuduh Anwar yang juga Ketua Pembangkang kononnya telah mengarahkan CEO
sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.
sebuah bank untuk memindahkan sejumlah bilion wang ke beberapa akaun pada tahun 1999.
“Laporan itu adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan bersifat politik. Berita itu sendiri menyatakan penyiasat tidak
menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah,” katanya.
menemui sebarang bukti untuk menyokong tuduhan itu mahupun membawa kes ke mahkamah,” katanya.
Jelas Surandran lagi, siasatan terhadap kes itu telah ditutup sejak tahun 2000. Ini membuktikan tuduhan terhadap Anwar adalah liar dan tidak berasas.
“Kita (KEADILAN) menyeru agar Najib membina hubungan rasional dengan Pembangkang dan menghentikan segera politik fitnah dan bohong,” katanya lagi.
Sebelum ini, mahkamah pernah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002 dan diarahkan membayar gantirugi RM100,000 serta kos RM20,000 kepada Anwar
berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.
berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyemak status siasatan
berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.
berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Khassim Mohamed semalam dilapor menegaskan, pihaknya
akan melakukan siasatan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.
akan melakukan siasatan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu dilapor berkata, Anwar perlu tampil memberi penjelasan berhubung perkara sama.
Katanya, jika Anwar merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkannya.
Bagaimanapun, Anwar pada hari yang sama berucap pada program Dialog Ekonomi di Petaling Jaya menyambut cabaran
Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu terlebih dahulu mengisytiharkannya.
Anwar juga sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan berkenaan dan menyerahkan semua akaun terbabit.
“Jika Muhyiddin setuju, maka siasatan itu perlu disegerakan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Posting Komentar