Mahasiswa tanding di Pekan melawan Datuk Seri Najib Razak

(Oleh Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 7 Feb: Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) akan bertanding di Parlimen Pekan, melawan Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sebagai ekspresi kemuncak penolakan mahasiswa terhadap kerajaan Umno BN.
Pengerusi GM13, Syis Abdul Kadir berkata, keputusan ini selepas melihat tindakan Umno BN yang ‘membunuh’ kredibiliti dan idealisme mahasiswa dan memastikan fungsi universiti dan ahli akademi.
GM 
“Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melaporkan pada 2011 aktivis mahasiswa paling ramai ditindas seperti ditangkap, diugut, dibelasah, digantung, dibuang universiti malah dipenjara dan tindakan ini dimulai dengan akta rimba.

“Kami juga kecewa kegagalan kerajaan mendengar tuntutan mahasiswa walaupun banyak desakan dan tindakan diambil melalui memorandum, referendum, forum, debat dan rapat umum,” katanya pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) hari ini.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Bukhairy Sufian menggesa penukaran Umno BN sebagai medan demokrasi terbaik untuk rakyat Malaysia menghentikan liabiliti kerajaan sedia ada.

“Selepas 55 tahun memerintah, pelbagai penyelewengan, rasuah dan polisi yang tidak mengutamakan rakyat dilaksanakan Umno BN manakala di peringkat universiti, kerajaan tidak serius memartabatkan universiti sebagai pusat pelapis kepimpinan negara,” ujarnya.

Menurut GM13, nama calon akan diumumkan apabila tarikh PRU diketahui.
Kempen Mahasiswa Turun Pekan akan dilancarkan pada 11 hingga 17 Februari ini sebagai medium mahasiswa mendekati dan memahami kepayahan rakyat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

Hadi PM tetap Melayu Islam jika PR menang



ALOR SETAR - Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
  
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
  
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan.
  
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," katanya pada sidang media sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.
  
Sementara itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah mengatakan tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri kerana menerima realiti jawatan tertinggi itu adalah khusus untuk bangsa Melayu beragama Islam.
  
"Dalam perlembagaan tak sebut sapa-sapa... itu semua orang tahu, tapi dari segi realitinya itulah... kita (pakatan pembangkang) sepakat Perdana Menteri mesti Melayu Islam," kata Mustafa.

Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno kata penyokong bukan Islam PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA November 13, 2013
Umno meracun fikiran orang Melayu, kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2013.Umno meracun fikiran orang Melayu, kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2013.Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam pilihan raya umum akan datang jika mampu memecahkan tembok dan membuang racun yang ditanam Umno ke dalam pemikiran orang Melayu.

Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata “racun” itu yang menyebabkan majoriti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Pertamanya, Umno menanamkan racum kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka. 

 "Keduanya, orang Melayu diracuni Umno bahawa jika Pakatan menang, DAP akan memastikan Cina jadi perdana menteri.  Agama rasmi negara akan ditukar kepada Kristian dan Melayu akan dihalau daripada bumi sendiri seperti berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sekarang," katanya dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau berkata, menjadi tugas semua peringkat jentera PAS dan PR untuk membuang segala racun yang ditanam Umno ini jika mereka ingin berjaya.
Katanya, PAS terlalu banyak menekankan soal akidah di kalangan orang Melayu melalui ceramah dan kuliah mereka tetapi kurang menjelaskan bagaimana ekonomi, infrastruktur, pertanian dan pendidikan perlu dipertingkat.
 
Sehubungan itu, beliau yang aktif di Johor selepas bertanding di kerusi Parlimen Air Hitam mewakili PAS dalam pilihan raya umum lalu berkata, akan berusaha ke arah membuang racun yang dimasukkan Umno ke dalam minda orang Melayu di Johor.

Dengan kerjasama Pemuda PAS Johor, Hu merancang tiga program dan projek lawatan untuk Johor dan ia membabitkan program berkaitan rekreasi dan kebajikan, kursus dan latihan serta pembangunan ekonomi.
Katanya, bagi membuang racun Umno daripada minda orang Melayu khasnya di Johor, satu program lawatan ke Pulau Pinang akan diadakan.
"Kami merancang sekurang-kurangnya 2,000 orang Melayu Johor dari semua 26 kawasan Parlimen dibawa melawat Pulau Pinang yang ditadbir DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang," katanya.

Beliau mengambil idea ini daripada PAS yang berjaya membersihkan imejnya dengan membawa orang Cina dari seluruh negara melawat Kelantan.
Selepas PAS memerintah Kelantan pada 1990, MCA menyebarkan pelbagai fitnah terhadap PAS dengan menyebarkan bagaimana orang Cina dilayan oleh kerajaan PAS.

Untuk mendapatkan gambaran yang sebenar, pelbagai rombongan orang Cina dihantar ke Kelantan untuk melihat sendiri kedudukan masyarakat Cina di negeri itu.
Hasilnya, apabila mereka pulang ke tempat masing-masing, MCA didakwa memfitnah PAS dan berakhir dengan penolakan orang Cina terhadap MCA, parti terbesar orang Cina sebelum ini.

"Kita akan ulangi kaedah yang sama. Kita akan bawa orang Melayu Johor ke Pulau Pinang," katanya.
Di sana, katanya, mereka akan dibawa menunaikan solat di masjid negeri dan surau, bertemu dengan majlis agama Pulau Pinang dan seterusnya berdialog dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau pimpinan negeri yang lain.
"Ada tiga fitnah utama yang diracun Umno kepada orang Melayu khasnya di Johor.  Azan disekat di Pulau Pinang, orang Melayu dihalau dan masjid pula dirobohkan.
"Kita harap mereka akan mendengar sendiri suara azan berkumandang di Pulau Pinang, masjidnya yang gagah berdiri dan bajet besar yang diberikan kerajaan negeri kepada Islam di Pulau Pinang," katanya.

Beliau yakin, 2,000 orang Melayu ini jika dilatih dengan baik selepas itu akan menjadi tenaga penting PAS dan PR untuk menukar minda orang Melayu di Johor.
Hu, 58, bekas wartawan dan guru adalah Pengerusi DHPP yang pertama selepas ia ditubuhkan tiga tahun lalu.
Beliau yang mempunyai empat anak memberikan tumpuan sepenuh masa kepada PAS walaupun pernah menjadi Setiausaha Pemuda MCA Kelantan pada 1980-an.

Berasal dari Kedah, Hu mula masuk ke Kelantan sebagai guru Kementerian Pelajaran selama 18 tahun dan menjadi wartawan akhbar Cina pada 1994 hingga 1999 sebelum aktif sepenuhnya menyokong PAS hingga sekarang. – 13 November, 2013.
The Malaysian Insider

Diperdaya Lelaki Mat Saleh


Diperdaya Lelaki Mat Saleh
Diperdaya Lelaki Mat Saleh - ALOR GAJAH : Perkenalan singkat seorang remaja dengan lelaki mat saleh melalui laman sosial menyebabkan dia menanggung kerugian apabila wang berjumlah RM5,040 yang disimpan sekian lama dilesapkan lelaki berkenaan.
Difahamkan, mangsa, Syamil Apendy, 23, dari Masjid Tanah mula mengenali mat saleh yang dikatakan berminat dengan keindahan alam negara ini.
Dalam perkenalan itu, mat saleh itu turut menyatakan hasrat untuk melancong ke negara ini seorang diri dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 pagi Ahad lalu.
Syamil berkata, sebaik tiba di terminal, lelaki itu menghubunginya dan memaklumkan dia ditahan Jabatan Kastam selain kehabisan kredit prabayar untuk menghubungi ibunya yang berada di Amerika Syarikat.
“Dia meminta saya menambah kad nilai prabayar berjumlah RM20.
Dia ditahan kerana disyaki membawa masuk wang haram berjumlah USD97,000,00.
“Bagi mengelak dirinya ditahan, dia meminta saya memasukkan sejumlah wang tunai RM29,000 sebagai bayaran untuk pelepasan pihak kastam,” katanya, dekat sini.
Dakwanya, lelaki terbabit merayu supaya membantunya dan meminta wang berkenaan dimasukkan segera ke dalam akaun Maybank milik seorang wanita bernama Mazmi Mat Aji.
“Saya nyatakan kepadanya bahawa saya tiada wang sebanyak itu namun atas perasaan simpati saya masukkan RM700 dalam akaun yang diberi kira-kira 11.30 pagi hari kejadian.
“Bagaimanapun jumlah itu masih tidak mencukupi dan saya diminta memasukkan sejumlah lagi wang ke dalam akaun yang dimaksudkan dengan segera. Tanpa berfikir panjang, sejam selepas itu saya pergi ke Pekan Masjid Tanah dan memasukkan wang berjumlah RM4,340 ke dalam akaun sama,” katanya ketika ditemui, di sini.
Selepas lima hari berlalu, Syamil cuba hubungi lelaki berkenaan yang masih ditahan di lapangan terbang KLIA yang turut menyatakan akan dihubungi seorang wanita dipercayai pegawai kastam.
“Wanita berkenaan kemudian menyuruh saya balik jika enggan memasukkan wang selebihnya dan meminta saya lupakan sahaja niat membantu lelaki terbabit yang masih ditahan.
“Saya rasa seperti ada yang tak kena sebelum memaklumkan kepada keluarga mengenai kejadian,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, dia mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilaksanakan segenap sudut.
“Polis percaya jenayah penipuan ini dilakukan satu sindiket yang terancang dan agak licik serta kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 402 kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam. – Sinar Harian

Pelacur Di Itali Laris Seperti Goreng Pisang 12 Gambar


Hangat macam gorenga pisang panas!

Di Itali, sindiket pelacuran sangat hebat sehinggakan perkhidmatan seks ini wujud di setiap jalan - jalan utama. Larisnya mereka seperti jual goreng pisang panas di Malaysia. Mari kita melihat dan memikirkan apakah yang akan terjadi kepada negara kita jika situasi di Itali sama terjadi di Malaysia... uh tak dapat CK! nak bayangkan..


Lagi gambar goren pisan PANAS??? Baca entri ini sepenuhnya..



7 Bayi Ajaib Yang Pernah Lahir Di Dunia

Setiap hari, ratusan ribu bayi lahir dan kebanyakan mereka adalah dianggap normal. Jarang, ada kasus di mana bahwa bayi adalah beberapa bentuk kelainan. Ada yang menyebutnya keajaiban bayi mereka dan lain-lain menyebut mereka kecelakaan genetik. Berikut 7 Bayi Ajaib Yang Pernah Lahir Di Dunia, yaitu :


1. Bayi Berekor 
Bayi itu lahir di India pada tahun 2001. 10 ekor inch Nya diturunkan kepada dunia tahun setelah kelahirannya. Banyak orang India menganggap dia menjadi re-inkarnasi tuhan.


2. Bayi Dengan 16 Jari 
Anak kecil ini lahir di Cina pada tanggal 5 November 2008, ia memiliki 8 jari pada setiap kaki dan tidak ada ibu jari pada kedua tangan.


3. Bayi Dengan 4 Lengan Dan 4 Kaki 
Gadis bayi (Lakshmi Tatma) lahir di India dan dianggap sebagai kembali-inkarnasi dari hindu dewa Wisnu


4. Bayi Berkepala Dua 
Pada tahun 2008, seorang bayi lahir di Bangladesh dengan dua kepala.


5. Bermutasi Bayi 
Bayi ini lahir pada tahun 2006 dengan kondisi yang disebut anencephaly. Apakah ada hubungannya dengan pembentukan otak yang tidak tepat atau tidak lengkap.


6. Bayi Dengan Jenis Ichthyosis Harlequin 
Bayi lahir di Gilgit, Pakistan lahir seperti kulit Harimau pada Maret 2010. Ada juga tampaknya menjadi sesuatu yang salah dengan, bibirnya tangan dan tutup mata. Bayi itu meninggal sesaat setelah melahirkan.


7. Bayi Terkecil Di Dunia 
Amillia Taylor dicatat untuk menjadi bayi terkecil yang pernah lahir dan untungnya, hanya dua minggu sebelum batas aborsi legal
 
 
sumber

Exco Syabas gagal tangani krisis air

sinarharian
4 Januari 2013
Keratan akhbar Sinar Harian semalam.
Keratan akhbar Sinar Harian semalam.
SHAH ALAM – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa cuai dalam penyelenggaraan rumah pam Wangsa Maju yang dianggap penyebab gangguan bekalan air sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang.

Pengerusi Jawatan Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, hasil siasatan Kerajaan Negeri mendapati kesemua lima pam termasuk dua pam dalam simpanan (standby pump) turut rosak.

Menurutnya, keraguan timbul apabila dua pam yang jarang digunakan turut rosak menunjukkan bahawa syarikat konsesi air itu gagal menyelenggarakannya dengan baik.

“Bagaimana dua standby pump yang tidak selalu digunakan boleh rosak? Ini jelas menunjukkan kecuaian Syabas dalam penyelenggaraan berkala peralatan di bawah kendaliannya.

“Kecuaian itu mengakibatkan 60,000 penduduk terpaksa berhadapan krisis air,” katanya ketika diminta mengulas mengenai krisis air yang melanda Lembah Klang sejak seminggu lalu.

Sinar Harian semalam menyiarkan laporan mengenai lebih 100,000 akuan pengguna di Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang berhadapan masalah gangguan bekalan air dan situasi buruk itu dijangka berterusan seminggu lagi.

Dr Xavier berkata lagi, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (Luas) tiada masalah mengambil alih tugas penyelenggaraan rumah pam tersebut sekiranya Syabas gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Kita anggap kelalaian Syabas adalah ‘pure negligence and criminal in nature’ dan tindakan sabotaj bagi memburukkan imej Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, Syabas tidak sepatutnya ‘mereka cipta’ taktik sengaja untuk mewujudkan krisis air di Selangor.

“Ini adalah antara sebab mengapa Kerajaan Negeri mahu menyegerakan proses pengambilan semula industri air dari kerana Syabas tidak mampu membekalkan air kepada rakyat.

“Syabas berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif air dari semasa ke semasa tanpa mengambil peduli kepentingan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa kegagalan Syabas mengatasi gangguan bekalan air di Lembah Kelang adalah satu kesilapan besar sebagai operator air.

Beliau berkata, apa yang berlaku pada hari ini membuktikan Syabas gagal menyelenggara, menaik taraf, melakukan pemantauan dan pengurusan lemah dalam memastikan pengguna menerima bekalan air.

Menurut Zuraida, alasan yang diberi syarikat konsesi air itu setiap kali gangguan bekalan air seperti pam rumah rosak dan masalah teknikal adalah tidak masuk akal dan membuktikan Syabas tidak berupaya melaksanakan amanah dengan berkesan.

“Lebih mengecewakan, alasan Syabas yang memerlukan tempoh seminggu untuk memulihkan gangguan bekalan air di Lembah Kelang sedangkan memperoleh keuntungan berbilion langsung tidak boleh diterima.

“Sebagai negara maju seperti Malaysia, alasan ini sememangnya tidak boleh diterima akal,” katanya semasa membuat lawatan ke Loji Pembersihan Air di Wangsa Maju, semalam.

Mengulas ketiadaan air di Ampang, Zuraida berkata, Syabas turut gagal menyediakan ‘back-up’ bekalan air yang mencukupi kepada penduduk yang terjejas teruk sepanjang tempoh krisis itu.

Katanya, Syabas sepatutnya mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini selain segera menyalurkan air kepada penduduk seperti kawasan yang didiami orang susah.

Dalam lawatan tersebut, Zuraida bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki ke dalam loji tersebut dan telah difahamkan oleh wakil kakitangan loji tersebut empat pam air sudah mula berfungsi.