Awas Coca Cola Racun Halus Puak Yahudi


Fakta ni dikeluarkan oleh cendikiawan sains kesihatan dan sosial kat US ngan UK nun .. Luorang nak amik pot atau idak , terpulang. Takde paksaan sebab kalo kat Malaysia ditonggeng halal hanya sebab ada pengesahan dari JAKIM .
Kebanyakan negeri kat US, kereta peronda lebuhraya diowang akan dimuatkan 2 gelen Coke untuk menghilangkan kesan darah kat jalanraya bila berlaku eksiden. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, diowang tahu tak pasal menda ni ?? Ke ada gak, tapi diowang taram togok sendiri .. Ada beberapa tips bagi menyokong fakta yang dikemukakan.
1. Cuba luorang masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, tulang tu akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke.. perghh!!! Berkilat woo..
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome, Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesan karatnya akan hilang. Tapi kalo bumper tu yg hilang, tu bukan kesan coke, luorang kena cari mat pet .. keh keh keh
4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang  je setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.. Fuh!!! Fantastik~!!
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat, sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Tapi kalo luorang rasa sayang nak buang air basuhan tu, jangan buang. Lepas basuh baju, tuang air lebihan tu kedalam jug .. kah kah kah
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Dijamin BERSIH. Tak payah guna tin sembur cuci cermin. Buang karen!!
8. Bahan aktif Coke terdiri dari phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ianya boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.. Kalo pucuk paku, lagi aaa cepat..
9. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.. Bukan fotosintesis tau ~!! keh keh keh keh..
Nota : Tengok lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki (yang ada tulis phosporic acid .. bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin tu) mesti luorang akan nampak tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : BAHAYA”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
10. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.. perghh .. takyah grenbal ngan obohol lagi dah… ceh!!!
11. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum, mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Perghh~!! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.. (actually semua air berkarbonat ada kesan yg sama .. huhuhu)
12. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan untuk mengkhayalkan para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu dia perkataan CocaCola tu.
13. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang .. Takyah cabut .. Sekarang ni nak bayar doktor gigi pon boleh tahan gak woo rega dia.
14. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Sape ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Try weyh ..
Perghh !!! Pada luorang yg dulu tak pass kimia masa skolah, ni le masa nak tunjuk tahap penguasaan luorang .. kah kah kah ..
Tapi kalo luorang buat eksperimen kat atas tu semua sambil minum coke, luorang memang dalam kategori yang tak dapat nak dipulihkan lagi dah … kah kah kah .. 1 Coke ~ Macam macam ada ~!!
~from Karmic Wheel

Bebaskan orang Melayu daripada racun Umno kata penyokong bukan Islam PAS

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA November 13, 2013
Umno meracun fikiran orang Melayu, kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2013.Umno meracun fikiran orang Melayu, kata Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 13 November, 2013.Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam pilihan raya umum akan datang jika mampu memecahkan tembok dan membuang racun yang ditanam Umno ke dalam pemikiran orang Melayu.

Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata “racun” itu yang menyebabkan majoriti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Pertamanya, Umno menanamkan racum kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka. 

 "Keduanya, orang Melayu diracuni Umno bahawa jika Pakatan menang, DAP akan memastikan Cina jadi perdana menteri.  Agama rasmi negara akan ditukar kepada Kristian dan Melayu akan dihalau daripada bumi sendiri seperti berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sekarang," katanya dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.

Beliau berkata, menjadi tugas semua peringkat jentera PAS dan PR untuk membuang segala racun yang ditanam Umno ini jika mereka ingin berjaya.
Katanya, PAS terlalu banyak menekankan soal akidah di kalangan orang Melayu melalui ceramah dan kuliah mereka tetapi kurang menjelaskan bagaimana ekonomi, infrastruktur, pertanian dan pendidikan perlu dipertingkat.
 
Sehubungan itu, beliau yang aktif di Johor selepas bertanding di kerusi Parlimen Air Hitam mewakili PAS dalam pilihan raya umum lalu berkata, akan berusaha ke arah membuang racun yang dimasukkan Umno ke dalam minda orang Melayu di Johor.

Dengan kerjasama Pemuda PAS Johor, Hu merancang tiga program dan projek lawatan untuk Johor dan ia membabitkan program berkaitan rekreasi dan kebajikan, kursus dan latihan serta pembangunan ekonomi.
Katanya, bagi membuang racun Umno daripada minda orang Melayu khasnya di Johor, satu program lawatan ke Pulau Pinang akan diadakan.
"Kami merancang sekurang-kurangnya 2,000 orang Melayu Johor dari semua 26 kawasan Parlimen dibawa melawat Pulau Pinang yang ditadbir DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang," katanya.

Beliau mengambil idea ini daripada PAS yang berjaya membersihkan imejnya dengan membawa orang Cina dari seluruh negara melawat Kelantan.
Selepas PAS memerintah Kelantan pada 1990, MCA menyebarkan pelbagai fitnah terhadap PAS dengan menyebarkan bagaimana orang Cina dilayan oleh kerajaan PAS.

Untuk mendapatkan gambaran yang sebenar, pelbagai rombongan orang Cina dihantar ke Kelantan untuk melihat sendiri kedudukan masyarakat Cina di negeri itu.
Hasilnya, apabila mereka pulang ke tempat masing-masing, MCA didakwa memfitnah PAS dan berakhir dengan penolakan orang Cina terhadap MCA, parti terbesar orang Cina sebelum ini.

"Kita akan ulangi kaedah yang sama. Kita akan bawa orang Melayu Johor ke Pulau Pinang," katanya.
Di sana, katanya, mereka akan dibawa menunaikan solat di masjid negeri dan surau, bertemu dengan majlis agama Pulau Pinang dan seterusnya berdialog dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng atau pimpinan negeri yang lain.
"Ada tiga fitnah utama yang diracun Umno kepada orang Melayu khasnya di Johor.  Azan disekat di Pulau Pinang, orang Melayu dihalau dan masjid pula dirobohkan.
"Kita harap mereka akan mendengar sendiri suara azan berkumandang di Pulau Pinang, masjidnya yang gagah berdiri dan bajet besar yang diberikan kerajaan negeri kepada Islam di Pulau Pinang," katanya.

Beliau yakin, 2,000 orang Melayu ini jika dilatih dengan baik selepas itu akan menjadi tenaga penting PAS dan PR untuk menukar minda orang Melayu di Johor.
Hu, 58, bekas wartawan dan guru adalah Pengerusi DHPP yang pertama selepas ia ditubuhkan tiga tahun lalu.
Beliau yang mempunyai empat anak memberikan tumpuan sepenuh masa kepada PAS walaupun pernah menjadi Setiausaha Pemuda MCA Kelantan pada 1980-an.

Berasal dari Kedah, Hu mula masuk ke Kelantan sebagai guru Kementerian Pelajaran selama 18 tahun dan menjadi wartawan akhbar Cina pada 1994 hingga 1999 sebelum aktif sepenuhnya menyokong PAS hingga sekarang. – 13 November, 2013.
The Malaysian Insider