Mohd Arif Juhani
BUKIT KATIL 10 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytihar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin sebagai calon KEADILAN di Parlimen Bukit Katil.
Berucap pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Bukit Katil, Khamis lalu, beliau berkata Shamsul memiliki karismatik yang tersendiri sebagai pemimpin masa depan.
“Di Bukit Katil, kita putuskan, seorang tokoh muda, memiliki kualiti profesional berwibawa, berjuang dari universiti dengan memimpin mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
“Maka, kita calonkan Shamsul Iskandar sebagai calon,” kata Ketua Umum KEADILAN itu dan disambut sorakan ribuan rakyat.
Dengan nada gurau, Anwar mengingatkan Shamsul supaya tidak mengambil samseng ketika berkempen sekaligus menyindir perbuatan liar samseng Umno BN yang mengganggu program itu.
“Saya nak ingatkan Shamsul, jangan jadi macam Umno BN, pilih samseng dan manusia rendak akhlak untuk berkempen.
“Kalau saya dapat tahu, siap dia!” kata Anwar, berjenaka.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Posting Komentar